Monday 29 October 2012

Cara Menghidupkan Kereta

Assalamualaikum semua :)..
Seperti yang sedia maklum, perkara pertama sebelum memandu kereta ialah menghidupkan kereta. Ok..oleh itu, hari ini saya akan terangkan cara-cara asas untuk menghidupkan kereta..so..check it out :)..



Langkah 1 : Anda memerlukan kereta

  • Dengan mengandaikan anda sudah memilik kereta. Masuk ke tempat pemandu dan ikat tali pinggang keledar.



Langkah 2 : Masukkan kunci kereta ke tempat pencucuhan (ignition)


  • Tempat pencucuhan ini selalunya berada di  stereng dan besi berbentuk bulat yang mempunyai lubang untuk memasukkan kunci.



Langkah 3 : Selepas masukkan kunci kereta ke tempat pencucuhan, gunakan jari anda untuk memusingkan kunci tersebut.


  • Pastikan jangan menarik keluar kunci tersebut. 


Langkah 4 : Teruskan memusingkan kunci sehingga anda mendengar bunyi enjin

  • Selepas kereta anda sudah dihidupkan, lepas kunci tersebut. *Dinasihatkan biarkan enjin panas seketika sebelum anda memulakan perjalanan.


* p/s : Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bacalah link ini : Start-a-Car . Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua. Sekian :).. 

Tukar Tayar Kereta

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie saya akan kongsikan bagaimana cara-cara nak tukar tayar kereta anda..so..check it out :)..

Langkah 1 :

Parking kereta anda di bahu jalanraya. (pastikan brek tangan ditarik)



Langkah 2 :

Keluarkan peralatan yang diperlukan untuk membuka tayar kereta anda dan juga tayar simpanan (periksa angin tayar kereta tersebut).

Langkah 3 :

Letakkan "car jack" di tempat yang sebetulnya. (diantara sebelum dan selepas tayar)



Langkah 4 :

Kunci "car jack" untuk mengangkat kereta daripada jatuh ke tanah.



Langkah 5 :

Gunakan "tire iron" untuk membuka nat tayar.



Langkah 6 :

Keluarkan tayar yang pancit dan gantikan dengan tayar simpanan. (pastikan tayar simpanan dikunci dengan ketat)


*Peringatan :
-Disarankan anda terus ke bengkel untuk membaiki tayar kereta anda yang pancit.
-Bawa kereta dengan perlahan.

p/s : untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk menukar tayar kereta ini layarilahChange-a-Car-Tire . Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. Sekian :)..


Monday 15 October 2012

Cara-cara mengecat sport rim kereta

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie aku akan kongsikan cara-cara yang mudah untuk mengecat sport rim kereta..so..check it out )..

Bahan-bahan :  2 tin cat clear
                                   3 tin cat hijau ( ikut pilihan warna anda )
                                   Masking tape dan surat khabar lama.

Cara-cara :

1-Buka tayar kereta anda dengan betul dan gantikan dengan tayar spare.



2- Basuh tayar dan rim yang telah dibuka sehingga bersih. Jika ada kesan calar, gosok dengan kertas pasir.



3- Selepas tayar dan rim kering, balut bahagian atas rim dengan menggunakan potongan-potongan pendek  masking tape.
*nasihat : pastikan masking tape berkenaan disisip kemas ke bahagian dalam celah-celah rim dan tayar bagi mengelakkan semburan cat terkena pada tayar.



4- Balut keseluruhan permukaan tayar dengan menggunakan surat khabar lama.



5- Sembur cat dengan lapisan pertama dengan nipis yang rata pada kesemua permukaan . note : Sila biarkan cat mengering sekurang-kurangnya 15 minit.  Selepas 15 minit berlalu, sembur cat untuk lapisan kedua dan ketiga dan tunggu 15 minit untuk setiap semburan. Selesai sudah menyebur cat untuk lapisan ketiga, jemur tayar tadi sehingga cat tadi betul-betul kering dan sempurna . Akhir sekali , sembur cat clear agar warna tidak pecah dan berubah ke bentuk asal.

*Tips : dilakukan pada waktu panas dan tidak berangin.
          : Sembur cat pada linkungan 30 cm daripada permukaan yang hendak 
            diwarnakan.



6- Bila dah kering sepenuhnya, barulah pasang rim semula.







p/s : all the best kepada sesiapa yang ingin mencuba mengecat rim kereta..Sekian :)..

*sumber : diypomen.blogspot.com

Saturday 13 October 2012

Tips apabila tertinggal kunci kereta dalam kereta

Assalamualaikum semua :)..
Pernahkah anda alami situasi dimana kunci kereta anda tertinggal dalam kereta?..haa..ok..
Hari nie aku akan kongsikan tips untuk membuka pintu kereta apabila kunci kereta tertinggal dalam kereta..so..check it out :)..

Perhatikan 6 gambarajah dibawah yang mungkin boleh membantu diwaktu kunci kereta anda tertinggal dalam kereta. Apa yang diperlukan hanyalah sebatang dawai panjang yang berukuran 1 meter dan sesuai untuk dimasukkan ke ruang cermin tingkap kereta.

Tips-tips :

  

 

        

  

          

  

Semoga tips-tips diatas dapat membantu apabila berlaku kecemasan. Untuk lebih informasi tentang tips-tips ini anda semua boleh kunjungi blog kerosakankereta.blogspot.com . Sekian :)..

# PERINGATAN : JANGAN MENYALAHGUNAKAN TIPS INI.

* sumber rujukan : kerosakankereta.blogspot.com

Friday 5 October 2012

10 kereta terpantas di dunia 2012

Assalamualaikum semua :)..
Hari nie kita jom kita tengok 10 kereta terpantas di dunia pada tahun 2012..so..check it out..

10. Gumpert Apollo 


  • Kelajuan :  225 mph (362 km/h)
  • Harga :  $300,000 hingga $450,000
  • Enjin :  4.2-liter V8 engine



9. Noble M600 


  • Kelajuan :  225 mph ( 362 km/h )
  • Harga :  $ 330,000
  • Enjin :  Twin-turbocharged 4.4-liter V8 engine dengan 650 hp


8. Zenvo ST1

  • Kelajuan :  233 mph ( 374 km/h )
  • Harga :  $ 1.8 juta
  • Enjin :  7.0-liter BMW V8 engine dengan 1250 hp


7. McLaren F1

  • Kelajuan :  240 mph ( 386 km/h )
  • Harga :  $ 970,000
  • Enjin :  V12 engine dengan 627 hp


6. Koenigsegg CCX

  • Kelajuan :  245 mph ( 394 km/h )
  • Harga :  $ 550,000
  • Enjin :  V8 dengan 806 hp


5. Saleen S7 Twin Turbo

  • Kelajuan :   248 mph ( 399 km/h )
  • Harga :  $ 585,000
  • Enjin :  Twin-Turbo all Aluminium V8 engine dengan 750 hp
Saleen S7 Twin Turbo dark orange front view


4. SSC Ultimate Aero

  • Kelajuan :  257.4 mph ( 413 km/h )
  • Harga :  $ 650,000
  • Enjin :  Twin-Turbo V8 engine dengan 1183hp


3. Koenigsegg Agera R

  • Kelajuan :  260 mph ( 418 km/h ) 
  • Harga :  $ 1.6 juta
  • Enjin : Aluminium 5.0-liter V8 engine dengan 1140 hp


2. Hennessey Venom GT

  • Kelajuan :  260 mph ( 418 km/h )
  • Harga :  $ 1 juta
  • Enjin :   6.2-liter Turbocharged V8 dengan 1200hp


1. Bugatti Veyron Super Sport

  • Kelajuan : 268 mph ( 431km/h ) 
  • Harga :  $ 2.4 juta hingga $ 2.6 juta
  • Enjin :  Narrow Angle 8 liter W16 engine dengan 1200hp