Monday 29 October 2012

Cara Menghidupkan Kereta

Assalamualaikum semua :)..
Seperti yang sedia maklum, perkara pertama sebelum memandu kereta ialah menghidupkan kereta. Ok..oleh itu, hari ini saya akan terangkan cara-cara asas untuk menghidupkan kereta..so..check it out :)..



Langkah 1 : Anda memerlukan kereta

  • Dengan mengandaikan anda sudah memilik kereta. Masuk ke tempat pemandu dan ikat tali pinggang keledar.



Langkah 2 : Masukkan kunci kereta ke tempat pencucuhan (ignition)


  • Tempat pencucuhan ini selalunya berada di  stereng dan besi berbentuk bulat yang mempunyai lubang untuk memasukkan kunci.



Langkah 3 : Selepas masukkan kunci kereta ke tempat pencucuhan, gunakan jari anda untuk memusingkan kunci tersebut.


  • Pastikan jangan menarik keluar kunci tersebut. 


Langkah 4 : Teruskan memusingkan kunci sehingga anda mendengar bunyi enjin

  • Selepas kereta anda sudah dihidupkan, lepas kunci tersebut. *Dinasihatkan biarkan enjin panas seketika sebelum anda memulakan perjalanan.


* p/s : Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bacalah link ini : Start-a-Car . Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua. Sekian :).. 

No comments:

Post a Comment