Friday, 2 November 2012

10 Tempat Pelancongan di Kedah

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie saya akan kongsikan kepada semua tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kedah..so..check it out :)..

1-Sungai Sedim Tree Top Walk , Kulim

  • Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim , Kulim adalah sepanjang 950 meter  merentasi Sungai Sedim dan merupakan antara salah sebuah titian yang terpanjang di dunia.
  • Pengunjung dapat melihat pemandangan hutan hujan termasuk pemandangan sungai yang mengalir deras , pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang menakjubkan.

 

2- Menara Alor Setar , Alor Setar

  • Dengan rekabentuk yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat serta berketinggian 165.5 meter, ia menjadi tumpuan pelancong.
  • Pengunjung dapat menikmati pemandangan dari aras 88 meter dari permukaan tanah disamping menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar , dari Gunung Jerai ke Selat Selatan.







3- Muzium Padi , Alor Setar

  • Muzium ini terletak di Gunung Keriang , pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati keunikan musim penanaman padi di Kedah. 
  • Disini, pengunjung dapat mengetahui perkembangan penanaman padi menggunakan perlatan tradisional hinggalah ke peralatan moden , dapat mengetahui proses penanaman padi di Malaysia dan sejarah penanaman padi di Malaysia.

4-  Masjid Zahir , Alor Setar
  • Salah satu masjid tertua dan tercantik di Malaysia , masjid ini menawarkan seni pembinaan khas Moorish.
  • Disini, pengunjung dapat menikmati keunikan Masjid Zahir ini dimana rekabentuknya seakan-akan menyerupai sebuah masjid di Langkat , Sumatera Utara.
 

5- Gunung Jerai , Yan
  • Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah.
  • Disini pengunjung akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam disamping dapat melalui pengalaman yang istimewa.
 

6-  Galeri Sultan Abdul Halim , Alor Setar
  • Terletak di kawasan Medan Bandaraya yang bertentangan dengan Masjid Zahir.
  • Asalnya galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar tetapi diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan galeri.
  • Disini pengunjung dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang keperibadian Sultan Abdul Halim , hobi dan Kesultanan Kedah di galeri ini.
 

7- Tasik Pedu , Kuala Nerang
  • Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedi yang disalurkan kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah.
  • Disini ditawarkan beberapa aktiviti air yang menarik seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot.Disamping itu, terdapat beberapa penginapan yang sesuai bagi pencinta alam sekitar untuk meneroka ke alam semulajadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. 

8- Taman Lye Huat , Jitra
  • Taman Rekreasi ini terletak di Kubang Pasu, Kedah telah dibangunkan oleh Dato' Lim Lye Huat pada tahun 2000.
  • Disin pengunjung boleh menikmati keindahan lanskapnya yang unik serta menyaksikan Pameran Karya Seni , Jendela Air Tawar serta Zoo Mini. 


9- Rumah Kelahiran Tun Mahathir , Alor Setar
  • Rumah Kelahiran Tun Mahathir merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah yang dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia.
  • Disini pengunjung dapat menghayati pelbagai barangan dan fakta sejarah mengenai Tun Mahathir.
 

10- Candi Lembah Bujang , Merbok
  • Candi Lembah Bujang ini bertarikh 110 SM.
  • Disini pengunjung dapat melihat binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.

*p/s : Jom la kita ramai-ramai pi melawat Kedah :)..

Sumber : kedah

5 comments:

  1. aq ddok kedah pn xpenah mlawat smua..hmmp

    ReplyDelete
  2. haha..rugi hang x pi melawat..

    ReplyDelete
  3. Faez kk farah c hat?? tgok pict faez along tringat arwah kakcik ta... ( noranita said)

    ReplyDelete
  4. Faez kk farah c hat?? tgok pict faez along tringat arwah kakcik ta... ( noranita said)

    ReplyDelete
  5. Info yang sangat menarik!

    Homestay kulim
    http://www.homestaykulim.net
    Homestay Kulim Murah dan Selesa

    ReplyDelete