Friday 9 November 2012

Cara-cara untuk "Jump" Bateri Kereta Anda

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie aku akan kongsikan kepada semua cara-cara untuk "jump" bateri kereta anda..so..check it out...

Sedikit pengenalan tentang bateri kereta anda :

Setiap bateri mempunyai terminal negatif dan terminal positf. Setiap terminal dilabel dengan simbol seperti A+ untuk terminal positif dan A- untuk terminal negatif di bahagian atas bateri kereta. Kebanyakan kenderaan akan diberi kabel "jumper" dimana ia berwarna merah dan hitam. Merah mewakili positif dan hitam mewakili negatif.  

Cara-cara untuk "jump" bateri kereta anda :

1- Dapatkan kereta yang boleh diguna.   

  • Bawak kereta berkenaan ke tempat kereta yang tidak boleh dihidupkan.

2- Pastikan bateri bagi kedua-dua kenderaan mempunyai voltage yang sama.
  • Bateri kereta selalunya mempunyai 12 volts. *Jangan lakukan jika voltage tidak sama.
 

3- Letakkan kedua-dua kereta sehampir yang mungkin untuk memudahkan kabel "jumper" sampai mencapai kedua-dua bateri kereta berkenaan.
  • Pastikan kereta anda tidak menyentuh antara satu sama lain.

4-  Tutup kedua-dua enjin kereta berkenaan.
  • Buka hud depan kedua-dua kereta berkenaan.

5- Keluarkan kabel "jumper".
  • Rahang pengapit kabel "jumper" direka untuk mencengkam besi lembut di terminal bateri kereta.

6- Sambungkan pengapit merah kepada terminal positif pada bateri kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Selepas itu, sambungkan pengapit merah lagi satu pada bateri kereta yang boleh digunakan.

7- Sambungkan pengapit hitam kepada terminal negatif bateri kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Selepas itu, sambungkan pengapit hitam yang lagi satu pada sekeping logam pada bateri kereta yang tidak boleh digunakan.

8- Hidupkan kereta yang boleh digunakan supaya ia boleh mengecas semula bateri kedua-dua buah kereta.


9- Biarkan ia selama 5 minit sebelum menghidupkan kereta lagi satu.


10- Cuba hidupkan kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Jika tidak berjaya, tunggu lagi 5 minit untuk mengecas bateri kereta anda.

11- Cabut semula pengapit kabel "jumper" mengikut urutan terbalik daripada memasang pengapit kabel "jumper" berkenaan.


12- Pastikan bateri kereta yang baru dihidupkan itu dicas selama 20 minit lagi sebelum memulakan perjalanan.



Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua..sekian.. Adios Amigos :)..

3 comments: