Friday 30 November 2012

Fakta Menarik - Tahukah Anda

Assalamulaikum semua :)..
Ok..tahukah anda tentang fakta dibawah....

Tahukan anda :

1-Tahukah anda, apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan kedalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan cecair yang dipanggil air masak..

2- Tahukah anda, air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana mengikut kajian , seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap tersebut mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3- Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu  selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan.

4- Tahukah anda, cicak akan memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari dirinya diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak diekori.

5- Tahukah anda, manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya menggunakan siku.

6- Tahukah anda, gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi, mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika kita tidak membayar bilnya selama 3 bulan.

7- Tahukah anda, orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, jawatan, pangkat, kedudukan dan harta ialah Orang Utan.

8- Tahukah anda, ahli sains di seluruh dunia bersepakat menyatakan bahawa jika kita memakan nasi ayam sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang dinamakan Kekenyangan.

9- Tahukah anda, hampir 90 peratus pembaca akan mencuba untuk menyentuh telinga dengan menggunakan siku..

Hehehe...just joking :)...

sumber : busuk.org

No comments:

Post a Comment