Friday 30 November 2012

Kisah Teladan - Kisah Rasulullah S.A.W dengan buah limau

Assalamulaikum semua :)..
Ok..jom kita hayati kisah ini..semoga memberi manfaat kepada pembaca semua :)..

Kisah Rasulullah s.a.w dengan buah limau

"Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda, Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihatnya pasti terliur, Baginda menerimanyan dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali baginda makan buah limau itu dengan senyuman sehinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya.

"Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. , Baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik".

Sekian...

sumber : kisah_teladan



No comments:

Post a Comment