Assalamulaikum semau :)..
Ok..hari ini saya akan kongsikan cara-cara untuk mengisi angin tayar kereta..semoga bermanfaat kepada semua...so..check it out :)..
Peralatan yang diperlukan :
1- Pengukur tekanan tayar.
2- Pam Udara /Pemampat
Tips-tips :
1- Hanya periksa tekanan tayar kereta anda apabila tayar sejuk. Jika anda baru lepas berjalan sejauh 1 kilometer, bacaan tidak akan tepat.
2- Secara purata, tayar kereta anda pasti akan kehilangan angin sebanyak beberapa pound setiap bulan. Oleh itu, disarankan agar tayar kereta anda diperiksa sebulan sekali.
Cara-cara :
Langkah 1 : Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda.
- Secara amnya, dial-type lebih tepat ukurannya berbanding pencil-type
Langkah 2 : Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda.
- Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk (jika memandu lebih daripada 2 kilometer)
Langkah 3 : Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan.
- Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanan.
Langkah 4 : Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan, atau Buang angin jika lebih daripada yang diperlukan.
- Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan.
Langkah 5 : Gantikan penutup batang injap.
- Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.