Friday 7 December 2012

Kisah Teladan - Kisah 3 Budak Hitam

Assalamulaikum semua :)..
Ok..hari ini saya akan menceritakan kisah yang bertajuk 3 budak hitam..semoga kisah ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita..so..check it out :)..

Kisah 3 Budak Hitam

Tiga budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran pantai. Tiba-tiba seorang daripada mereka tertendang sebiji botol. Beliau pun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lau salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut tertawa terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku?. Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung itu aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa sahaja yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanyan terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, "Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata. "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua. 
'Pintalah".

Budak hitam kedua pun berkata. "Tukarkanlah aku menjadi lebih putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dna cantik daripada budak hitam yang pertama. Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata. "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak hitam yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. "Tidak, permintaan itu tidak dapat aku tunaikan. Pintalah yang lain". Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dimintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu". Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral :
Sikap dengki, cemburu dan iri hati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharap mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya akan merugikan manusia sendiri.


sumber : kisah-motivasi-

No comments:

Post a Comment