Monday 29 October 2012

Tukar Tayar Kereta

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie saya akan kongsikan bagaimana cara-cara nak tukar tayar kereta anda..so..check it out :)..

Langkah 1 :

Parking kereta anda di bahu jalanraya. (pastikan brek tangan ditarik)



Langkah 2 :

Keluarkan peralatan yang diperlukan untuk membuka tayar kereta anda dan juga tayar simpanan (periksa angin tayar kereta tersebut).

Langkah 3 :

Letakkan "car jack" di tempat yang sebetulnya. (diantara sebelum dan selepas tayar)



Langkah 4 :

Kunci "car jack" untuk mengangkat kereta daripada jatuh ke tanah.



Langkah 5 :

Gunakan "tire iron" untuk membuka nat tayar.



Langkah 6 :

Keluarkan tayar yang pancit dan gantikan dengan tayar simpanan. (pastikan tayar simpanan dikunci dengan ketat)


*Peringatan :
-Disarankan anda terus ke bengkel untuk membaiki tayar kereta anda yang pancit.
-Bawa kereta dengan perlahan.

p/s : untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk menukar tayar kereta ini layarilahChange-a-Car-Tire . Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. Sekian :)..


No comments:

Post a Comment