Friday, 30 November 2012

Bagaimana Untuk Mengetahui Apabila Tayar Kereta Perlu Digantikan

Assalamulaikum semua :)..
Ok..Pernahkah anda terfikir bila untuk mengganti tayar kereta anda yang sedang dipakai?..Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda membuat keputusan untuk menukar tayar kereta yang baru dan mengelakkan daripada berbelanja lebih daripada yang anda perlukan..check it out :)..

Tips 1 : Memahami bahawa fungsi utama bunga tayar adalah untuk memotong air dari bawah tayar untuk meningkatkan cengkaman di atas jalan basah.

  • Tayar menjadi tidak selamat apabila ia telah haus dan apabila bunga tayar sudah mencapai 1/16th inci (1.6mm), tayar sudah tidak selamat untuk digunakan.


Tips 2 : Lihat pada pola bunga tayar

  • Semua tayar yang dijual di Amerika Syarikat dan negara-negara lain akan mengalami situasi yang dikenali sebagai "bar kehausan bunga".
  • Ini adalah jambatan kecil yang membentuk antara bunga tayar.
  • Pada ketika ini, ia adalah masa yang sesuai untuk menggantikan tayar kereta anda.


Tips 3 : Peka terhadap kehausan bunga yang tidak sekata.

  • Ini akan menyebabkan 'misallingment' tayar.
  • Kehausan bunga yang tidak sekata ini adalah salah satu tanda anda perlu untuk menservis kereta anda.


Tips 4 : Tukar tayar kereta anda sekurang-kurangnya 6 tahun sekali.

  • Jika anda tidak pasti bahawa 6 tahun ialah jangka masa yang disyorkan, 10 tahun adalah jangka masa yang paling maksimum bagi tayar.
  • Sentiasa berhati-berhati jika anda mengesyaki kenderaan anda mempunyai tayar yang berusia lebih daripada 6 tahun.


Ok..kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut..sila layari lawan web Know-when-Car-Tires-Need-Replacing . Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua..sekian :)..

Koleksi - Jam Tangan yang Hot

Assalamulaikum semua :)..
Ok..jom kita tengok koleksi-koleksi jam tangan yang hot..check it out :)..










Koleksi - Rumah Rehat Menggunakan Botol Plastik

Assalamulaikum semua :)..
Ok..jom kita tengok sebuah rumah rehat yang telah dibina dengan menggunakan bahan kitar semula di sempadan Argentina dan Brazil. Dinding rumah ini mempunyai lebih 1200 botol dan siling mereka menggunakan lebih daripada 1300 katron Tetrapak. Jom layan gambar hasil kreatif rumah rehat yang menggunakan botol plastik ini....check it out :)..








Haa...cantikkan binaan rumah rehat menggunakan botol plastik ini.....sekian :)..

sumber : kreatif-bina-rumah-pelikmenggunakan-botol-plastik

Fakta Menarik - Tahukah Anda

Assalamulaikum semua :)..
Ok..tahukah anda tentang fakta dibawah....

Tahukan anda :

1-Tahukah anda, apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan kedalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan cecair yang dipanggil air masak..

2- Tahukah anda, air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana mengikut kajian , seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap tersebut mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3- Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu  selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan.

4- Tahukah anda, cicak akan memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari dirinya diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak diekori.

5- Tahukah anda, manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya menggunakan siku.

6- Tahukah anda, gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi, mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika kita tidak membayar bilnya selama 3 bulan.

7- Tahukah anda, orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, jawatan, pangkat, kedudukan dan harta ialah Orang Utan.

8- Tahukah anda, ahli sains di seluruh dunia bersepakat menyatakan bahawa jika kita memakan nasi ayam sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang dinamakan Kekenyangan.

9- Tahukah anda, hampir 90 peratus pembaca akan mencuba untuk menyentuh telinga dengan menggunakan siku..

Hehehe...just joking :)...

sumber : busuk.org

Kisah Teladan - Kisah Rasulullah S.A.W dengan buah limau

Assalamulaikum semua :)..
Ok..jom kita hayati kisah ini..semoga memberi manfaat kepada pembaca semua :)..

Kisah Rasulullah s.a.w dengan buah limau

"Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda, Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihatnya pasti terliur, Baginda menerimanyan dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali baginda makan buah limau itu dengan senyuman sehinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya.

"Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. , Baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik".

Sekian...

sumber : kisah_teladan



Koleksi Tempat Aneh tapi Ajaib

Assalamulaikum semua :)..
Ok..jom kita tengok koleksi 10 tempat aneh tapi ajaib..check it out :)..

1. Eisriesenwelt Ice Caves - Austria

  • Gua ais ini berbeza dengan gua-gua biasa dimana pencahayaan yang ada akan membuat anda merasa seperti berada tempat yang jauh dari bumi, seperti sedang menjelajah ke planet lain.
  • Gua in adalah guan terbesar dan mencapai panjang 40 km.


2-The Richat Structure - Mauritania
  • Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya Gurun Sahara.
  • Diameternya ialah mencapai 50 km boleh dilihat dari luar angkasa.
  • Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan.

3- The Stone Forest - China
  • Hutan batu yang dalam bahasa aslinya ialah Shilin, adalah batuan yang dibentuk dari air yang terus menerus menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang.
  • Daerah ini ternyata dikenali semenjak dinasti Ming dan dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama"

4- Blood Pond Hot Spring - Japan
  • Kolam Air Panas, Kolam Darah adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun.
  • Sembilan mata air panas yang muncul ini sangat indah tapi mungkin tidak untuk mandi.
  • "Neraka Kolam Darah" ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya.

5- Vale Da Lua - Brazil
  • Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan.
  • Merupakan lembah batu yang terhakis dari air dan meninggalkan banyak 'kolam renang'.
  • Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan yang tertua di dunia yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

6- Salar de Uyuni - Bolivia
  • Adalah tempat yang mungkin paling indah di dunia.
  • Daerah dengan padang garam terbesar di dunia termasuk juga gunung berapi yang aktif dan dataran geyser dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

7- Klikuk, The Spotted Lake - Canada
  • Pada saat musim panas, air di danau ini menguap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna.
  • Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangkan rasa sakit sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang luka.

8- Rio Tinto - Spain
  • Lombong terbuka Ria Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh sehingga pemandangan yang ada seakan mirip dengan bulan.
  • Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada , bahkan semua penduduk desa di dekat lombong tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat.
  • Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

Hehe..amacam??????????

Bagaimana Memahami Asas Penyelenggaraan Kereta

Assalamualaikum semua :)..
Ok..anda mungkin  mendengar perbualan rakan-rakan atau sesiapa sahaja berkata" jika tidak rosak , jangan baikinya ".Ini merupakan permulaan yang tidak bagus kepada dan menyebabkan masalah bertambah. So..jom kita tengok tiga fasa dalam penyelenggaraan..check it out :)..

Fasa 1 : Baiki kenderaan anda jika berlaku kerosakan

  • Ini adalah fasa yang ketiga dimana jika berlaku kerosakan pada kenderaan anda baiki kenderaan anda. 
  • Ini adalah penyelesaian terakhir dan sepatutnya jarang-jarang ia berlaku.



Fasa 2 : Lakukan penyelenggaraan terhadap kenderaan anda secara sistematik/rutin.

  • Selalunya pengendali mesin bertanggungjawab dalam bahagian ini.
  • Mereka hanya membersih peralatan, memerhatikan apa yang luar biasa dan melaporkan kepada jabatan penyelenggaraan seterusnya menggantikan peralatan yang bermasalah/rosak.


Fasa 3 : Lakukan penyelenggaraan terhadap kenderaan anda secara kerap.

  • Penyelenggaraan ini adalah seperti menukar minyak hitam.
  • Ini juga termasuk melihat bahagian yang patah/bengkok dan tanda-tanda kekurangan pelincir.


Semoga bermanfaat kepada semua..sekian :)..

sumber : Understand-the-Basics-of-Car-Maintenance

Friday, 9 November 2012

Koleksi Gambar Topi Pelik

Assalamualaikum semua :)..
Ok..pernah tengok topi pelik dan unik..jom tengok koleksi-koleksi gambar topi pelik ini..check it out....

topi pelik 8 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Berbelit-belit gitu.....hehe..
topi pelik [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Topi kuda..
topi pelik 9 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
fuyoo!!!!!!!!!!
topi pelik 10 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Wauuuuu!!!!!!!
topi pelik 7 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
cantikkan?????
topi pelik 6 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
topi rama-rama..
topi pelik 5 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Topi untuk kempen berhenti merokok..hehe..
topi pelik 4 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Topi Strawberry..
topi pelik 2 [Gambar Pelik] Koleksi Topi Pelik
Unik..

Hehehe..amacam..cantik tak gambar topi-topi nie..semoga berjumpa lagi..Adios Amigos :)..

Fakta Tentang Mata dan Lidah

Assalamualaikum semua :)..
Ok..jom kita tengok 4 fakta tentang mata dan lidah..so..check it out : )..


Fakta 1 : 
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa.




Fakta 2 : 
Setelah membaca fakta 1 kamu dengan tidak siumannya mempraktikannya.




Fakta 3 :
Setelah anda membaca fakta 2, kamu mungkin akan mentertawakan diri sendiri.


                           


Fakta 4 :
Setelah anda membaca fakta 3, anda berniat untuk copy lawak ini kepada geng-geng korang yang lain supaya mereka terkena seperti korang.

                             


kredit to : faktapelik.blogspot.com

Cara-cara untuk "Jump" Bateri Kereta Anda

Assalamualaikum semua :)..
Ok..hari nie aku akan kongsikan kepada semua cara-cara untuk "jump" bateri kereta anda..so..check it out...

Sedikit pengenalan tentang bateri kereta anda :

Setiap bateri mempunyai terminal negatif dan terminal positf. Setiap terminal dilabel dengan simbol seperti A+ untuk terminal positif dan A- untuk terminal negatif di bahagian atas bateri kereta. Kebanyakan kenderaan akan diberi kabel "jumper" dimana ia berwarna merah dan hitam. Merah mewakili positif dan hitam mewakili negatif.  

Cara-cara untuk "jump" bateri kereta anda :

1- Dapatkan kereta yang boleh diguna.   

  • Bawak kereta berkenaan ke tempat kereta yang tidak boleh dihidupkan.

2- Pastikan bateri bagi kedua-dua kenderaan mempunyai voltage yang sama.
  • Bateri kereta selalunya mempunyai 12 volts. *Jangan lakukan jika voltage tidak sama.
 

3- Letakkan kedua-dua kereta sehampir yang mungkin untuk memudahkan kabel "jumper" sampai mencapai kedua-dua bateri kereta berkenaan.
  • Pastikan kereta anda tidak menyentuh antara satu sama lain.

4-  Tutup kedua-dua enjin kereta berkenaan.
  • Buka hud depan kedua-dua kereta berkenaan.

5- Keluarkan kabel "jumper".
  • Rahang pengapit kabel "jumper" direka untuk mencengkam besi lembut di terminal bateri kereta.

6- Sambungkan pengapit merah kepada terminal positif pada bateri kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Selepas itu, sambungkan pengapit merah lagi satu pada bateri kereta yang boleh digunakan.

7- Sambungkan pengapit hitam kepada terminal negatif bateri kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Selepas itu, sambungkan pengapit hitam yang lagi satu pada sekeping logam pada bateri kereta yang tidak boleh digunakan.

8- Hidupkan kereta yang boleh digunakan supaya ia boleh mengecas semula bateri kedua-dua buah kereta.


9- Biarkan ia selama 5 minit sebelum menghidupkan kereta lagi satu.


10- Cuba hidupkan kereta yang tidak boleh digunakan.
  • Jika tidak berjaya, tunggu lagi 5 minit untuk mengecas bateri kereta anda.

11- Cabut semula pengapit kabel "jumper" mengikut urutan terbalik daripada memasang pengapit kabel "jumper" berkenaan.


12- Pastikan bateri kereta yang baru dihidupkan itu dicas selama 20 minit lagi sebelum memulakan perjalanan.



Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua..sekian.. Adios Amigos :)..